Tuesday 17 June 2014

Hikmah menjadi seorang SAHM



Alhamdulillah semalam saya selamat hantar anak pulang ke asrama setelah empat hari dia balik ke rumah. Sekolah dia jadi hos untuk satu program so semua murid-murid wajib balik rumah hari Jumaat lepas. Memang dah menjadi tugas saya menjemput dan menghantar anak yang kat asrama ni kalau melibatkan hari bekerja sebab husband susah nak ambik cuti. Bila direnung-renung balik...ini mungkin salah satu hikmah saya berhenti kerja. Kalau saya still bekerja tak tahulah macam mana nak uruskan anak kat asrama ni. Takkan nak ambik cuti memanjang...habislah annual leave kalau camtu kan. Husband pun jadi lebih tenang sebab bab anak-anak dah ada orang yang boleh uruskan. Saya percaya ada hikmah di sebalik setiap keputusan yang diambil kerana Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Walaupun sering dilihat sebagai satu kerugian besar bila seorang wanita yang berpendidikan tinggi dan bekerja di sebuah company yang besar tiba-tiba melepaskan semuanya demi keluarga...tetapi saya percaya saya telah membuat keputusan yang tepat. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah.


6 comments:

  1. Salam.. singgah sini.. ^_^ betul2 byk sgt hikmahnya bila jadi WAHM ni.. Rasa lebih tenang sebab takde org lain yg setkan waktu utk kita.. ^_^ thanks lawat blog sy.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Memang hidup lebih tenang...nak buat ibadah sunat pun mudah sebab banyak masa. Thanks for visiting my blog.

      Delete
  2. kadang org tak nampak kak..
    sedih saya bila dorg pertikaikan gelaran sahm ni.. hina sangat ke pun? lagi sedih bila org terdekat pun mcm malu bila dekat dgn kita.. kawan2 apatah lagi :( dulu mmg saya down tp saya dah tak kesah dah skrg.. lantak la dorg nak pikir apa pun.. yg pasti, saya lebih tenang bila besarkan anak2 dpn mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena kuat semangat and ingat balik niat kita bila decide jadi SAHM. InsyaAllah dipermudahkan perjalanan kita sebagai SAHM. Akak sendiri pun ada gak masa2 rasa down sebab macam dah nobody sekarang kan. Tapi at least anak2 terjaga bila kita ada kat rumah...nak2 zaman sekarang ni macam2 tarikan kat luar sana tu. So, ignore je kalau orang nak kata kita ni itu dan ini...yang penting kita buat yang terbaik untuk anak2 and suami.

      Delete
  3. Assalaamu'alaikum . .saya nak tanya...kalau ada anak perempuan...awak nak tak dia kerja atau jadi sahm bila dewasa..saya confuse...

    ReplyDelete
  4. Assalaamu'alaikum . .saya nak tanya...kalau ada anak perempuan...awak nak tak dia kerja atau jadi sahm bila dewasa..saya confuse...

    ReplyDelete