Tuesday 10 June 2014

SURVIVE...aktiviti bersantai bersama keluarga

Lama juga saya menyepi dan tak update blog ni. Bukan tak nak update tapi sebab pergi bercuti. Laptop memanglah tak dibawa sekali. Leceh nak bawak ke sana sini pulak nanti. Ok ni nak share sikit pasal salah satu board game yang saya satu family suka main bila ada masa free. Nama board game ni SURVIVE. 


We all beli board game ni kat kedai yang memang jual bermacam-macam jenis board games menarik iaitu Meeples. Kedai ni kat area SS15 Subang Jaya...satu row dengan McDonald's kat area private colleges tu. Tapi kedai ni kat tingkat atas...cari je logo macam kat bawah ni.

 
Actually game ni dah berumur 30 tahun. Tapi we all pun baru je beli awal tahun ni tak silap. Cara main game ni tak complicated so sesuai untuk seisi keluarga. Objektif dia untuk selamatkan seramai mungkin explorers (maksimum 10 per player) dari Pulau Atlantis (yang akan tenggelam perlahan-lahan) ke salah satu daripada 4 pulau lain. Cara nak selamatkan adalah dengan menggunakan bot ataupun dengan berenang. Simple kan. Tapi boleh bertekak gak anak-beranak bila main ni sebab masing-masing sabotaj each other sebab nak menang kan haha. Kalau berminat nak dapatkan game ni...silalah ke Meeples. 

No comments:

Post a Comment