Showing posts with label Board Games. Show all posts
Showing posts with label Board Games. Show all posts

Wednesday, 18 June 2014

Board Games Collection



Ha...inilah antara koleksi board games anak saya. Menarik tak? Memang anak saya mula mengumpul board games sejak 2-3 tahun lepas sejak adik lelaki saya introduce European board games ni kat kita orang. So takdelah asyik-asyik main Monopoly or Saidina yang sememangnya dah evergreen. Kat dalam gambar ni ada 4 board games...7 Wonders, Munchkin, King of Tokyo dan Carcassonne. Dalam keempat-empat game ni...King of Tokyo yang boleh buat jadi havoc bila main. Sebab kalau nak menang kena bunuh player lain or cepat-cepat kumpul point. So...korang boleh imaginelah macam mana bisingnya bila masing-masing nak sabotaj each other. Tapi gaduh-gaduh masa main je...pastu PEACE ok. Nantikan next entry saya akan ceritakan in details satu-satu game ni. 


Tuesday, 10 June 2014

SURVIVE...aktiviti bersantai bersama keluarga

Lama juga saya menyepi dan tak update blog ni. Bukan tak nak update tapi sebab pergi bercuti. Laptop memanglah tak dibawa sekali. Leceh nak bawak ke sana sini pulak nanti. Ok ni nak share sikit pasal salah satu board game yang saya satu family suka main bila ada masa free. Nama board game ni SURVIVE. 


We all beli board game ni kat kedai yang memang jual bermacam-macam jenis board games menarik iaitu Meeples. Kedai ni kat area SS15 Subang Jaya...satu row dengan McDonald's kat area private colleges tu. Tapi kedai ni kat tingkat atas...cari je logo macam kat bawah ni.

 
Actually game ni dah berumur 30 tahun. Tapi we all pun baru je beli awal tahun ni tak silap. Cara main game ni tak complicated so sesuai untuk seisi keluarga. Objektif dia untuk selamatkan seramai mungkin explorers (maksimum 10 per player) dari Pulau Atlantis (yang akan tenggelam perlahan-lahan) ke salah satu daripada 4 pulau lain. Cara nak selamatkan adalah dengan menggunakan bot ataupun dengan berenang. Simple kan. Tapi boleh bertekak gak anak-beranak bila main ni sebab masing-masing sabotaj each other sebab nak menang kan haha. Kalau berminat nak dapatkan game ni...silalah ke Meeples.