Friday 20 June 2014

Aku Seorang Penggunting Rambut




Hari ni saya terpaksa mencuba nasib sebagai seorang penggunting rambut. Ni gara-gara anak perempuan saya yang nak gunting rambut tapi tak nak pergi ke salon rambut. Dia nak saya yang gunting rambut dia...walaupun saya cakap saya tak pandai dan ada kemungkinan rambut dia akan nampak macam kena gigit tikus kalau saya yang gunting. Kalau setakat trim rambut depan tu bolehlah lagi...memang dah selalu buat pun. Tapi nak gunting rambut satu kepala....adoi tak confident saya. 

So, bermulalah misi saya mencari video youtube yang mengajar cara gunting rambut budak perempuan. Alhamdulillah, ada terjumpa satu video ni yang memang senang nak follow step by step. Kalau berminat boleh pergi sini How to do a bob cut. Petang tadi lepas dia habis sekolah dan makan lunch, jeng jeng jeng...bermulalah tugas saya sebagai penggunting rambut. Rupa-rupanya takdelah sesusah yang disangka. So, apa hasilnya? Lihat sendiri kat bawah...tapi gambar dari belakang je sebab anak tak nak tunjuk muka. Sabar jelah...camera shy konon. 


Oklah kan for a first timer. So, in the future nampak gayanye memang saya kena gunting rambut dia lagilah ni. Tak tahulah sampai bila...hopefully takdelah sampai dia dah beranak cucu. 


3 comments:

  1. hehehehe...selalu gak gunting rambut nak sendiri tapi gunting lurus jelah...hehehehe

    ReplyDelete
  2. Untung laaaa ank ada mmy pndai gunting rambut.. terpelihara aurat.

    ReplyDelete
  3. BLOGWALKING HERE....saya masih baru dalam dunia blog nih....kalo minat n komen boleh jenguk2 kat blog saya
    http://comot-pink.blogspot.my/

    ReplyDelete