Tuesday 20 May 2014

Exam Fever!




Cuti sekolah dah semakin dekat. Semestinya anak-anak tak sabar nak mula bercuti dan merehatkan minda. Tapi sebelum boleh enjoy...ada exam dulu ye anak-anak. Memang sekarang musim exam kat sekolah-sekolah sebab dah nak pertengahan tahun kan. Mestilah nak kena check sejauh mana tahap pembelajaran they all. Saya sendiri pun tertanya-tanya sejauh mana anak follow apa yang diajar kat sekolah tu. So bila ada exam ni baru tau kat mana yang dia perlu digilap lebih sikit.

Alhamdulillah anak kedua dah selesai exam seminggu lepas. Ada results yang dah keluar dan ada yang masih dinanti-nantikan. Setakat ni boleh consider puas hati jugak lah dengan apa yang dia dapat. Especially bila terkenangkan session crash revision yang saya dah buat dengan dia seminggu sebelum exam. Memang anak stress betul minggu tu sebab kena buat banyak latihan. Tapi saya rasa semuanya berbaloi dan anak pun happy bila dapat results. Saya harap dia sedar yang crash revision tu bukan nak torture dia tapi untuk tolong dia. Sekarang baru boleh enjoy k.

Lain pulak dengan anak sulung. Still bertarung dengan exam minggu ni. Minggu lepas dah seminggu penuh dengan exam. Tapi takde crash revision dengan saya sebab dia kat asrama. So apa yang dapat saya buat hanyalah berpesan dan berpesan dan berpesan suruh buat revision. Harap-harapnya dia pandai gunakan masa yang ada untuk buat revision sebaik mungkin. Kadang-kadang anak-anak ni kurang keyakinan dengan kebolehan dia sebab asyik tengok orang lain yang sentiasa lebih baik dari dia. So kena selalu ingatkan yang tak mustahil dia pun boleh dapat markah yang tinggi. Yang penting never give up and believe in yourself. You are always in my prayers son.

So kepada kedua-dua anak tersayang...always put in your best effort and then leave the rest to Allah. May success be with you always. Lepas ni kita pergi holiday....hooray...

No comments:

Post a Comment