Showing posts with label SAHM. Show all posts
Showing posts with label SAHM. Show all posts
Tuesday, 17 June 2014
Hikmah menjadi seorang SAHM
Alhamdulillah semalam saya selamat hantar anak pulang ke asrama setelah empat hari dia balik ke rumah. Sekolah dia jadi hos untuk satu program so semua murid-murid wajib balik rumah hari Jumaat lepas. Memang dah menjadi tugas saya menjemput dan menghantar anak yang kat asrama ni kalau melibatkan hari bekerja sebab husband susah nak ambik cuti. Bila direnung-renung balik...ini mungkin salah satu hikmah saya berhenti kerja. Kalau saya still bekerja tak tahulah macam mana nak uruskan anak kat asrama ni. Takkan nak ambik cuti memanjang...habislah annual leave kalau camtu kan. Husband pun jadi lebih tenang sebab bab anak-anak dah ada orang yang boleh uruskan. Saya percaya ada hikmah di sebalik setiap keputusan yang diambil kerana Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Walaupun sering dilihat sebagai satu kerugian besar bila seorang wanita yang berpendidikan tinggi dan bekerja di sebuah company yang besar tiba-tiba melepaskan semuanya demi keluarga...tetapi saya percaya saya telah membuat keputusan yang tepat. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah.
Friday, 1 March 2013
Lama sangat tak update blog ni. Dah bersawanglah. Nak buat camne kan...sibuk nak get used to routine baru bila sorang anak dah masuk sekolah menengah and sorang lagi still kat sekolah rendah. Oh ya...lupa plak nak share yang anak sulung saya tu berjaya dapat 5A dalam UPSR tahun lepas. Alhamdulillah. Sememangnya saya bangga dengan anak saya tu sebab kalau ikutkan rekod...BM tak confident dapat A. Mungkin berkat doa seorang ibu yang tak jemu berdoa dan bersolat hajat. Walau apapun, usaha harus diteruskan sebab banyak lagi ilmu yang perlu ditimba bila kat sekolah menengah. Banyak subjects baru yang mungkin akan memberi sedikit kejutan. Tapi nothing to worry. Now anak dah kat asrama so saya hanya dapat doa dari jauh supaya dia terus berjaya di sana. Dah tak leh monitor buat homework ke tak...so pandai-pandai lah sendiri.
Anyway, gambar kat atas tu adalah untuk mengingatkan diri sendiri dan sesiapa saje yang kebetulan membaca entry ini tentang pentingnya untuk menanam rasa kesyukuran. Memang kita tak mungkin dapat segala-gala yang kita idamkan dalam dunia ni sebab kalau ikutkan nafsu memang tak pernah cukup kan. Tapi cuba renungkan...teruk sangat ke life kita ni. Cuba compare dengan orang yang di bawah kita. Mesti kita akan rasa yang kita ni bertuah dengan nikmat makanan yang tak pernah putus, duduk dalam rumah yang ada bekalan air dan elektrik, ada macam-macam gajet elektronik untuk mengisi masa terluang, ada peluang bercuti-cuti ke tempat menarik dan macam-macam lagilah. So, janganlah pandang ringan dengan segala nikmat yang kita ada yang mungkin nampak macam biasa aje tapi bagi orang lain sebenarnya nikmat yang cukup berharga yang mereka tak dapat rasakan.
Salah satu cara untuk sentiasa memanjatkan rasa kesyukuran ialah dengan bersedekah. Sesungguhnya apa yang kita sedekahkan itu bukan bermakna rezeki kita akan kurang tapi sebenarnya itulah yang menjadi rezeki kita. Hanya Allah yang tahu membalasnya. Jadi jangan takut-takut nak hulurkan sedekah, walaupun dengan hanya duit RM1. Bukan nilai yang menjadi ukuran tetapi keikhlasan kita yang menjadi kiraan.
Friday, 12 October 2012
Cepatnya masa berlalu
Pejam celik dah bulan October. Tak lama lagi dah nak masuk another new year. Dan tak lama lepas tu akan genap setahun since I left my job. Am I still a housewife? Yes of course! Tapi sekarang mula tercari-cari idea untuk fill up some of my free time at home. Ada some options yang quite interesting tapi belum ada yang 100% convincing for me to jump into it. So buat masa ni masih dalam stage menganalisa segala kemungkinan. Dan yang paling penting...berdoa agar ditunjukkan jalan yang terbaik. Apa-apa pun family still 1st priority.
Friday, 20 April 2012
It has been a week since I took on this new role. What's it like? Very satisfying indeed. One thing's for sure...no regrets at all. Being there for the kids sure has its own rewards. It may not be in monetary terms...but is does bring a whole lot of satisfaction. Not a glamorous job to some people but I know that it is the best job for me.
People might be wondering why on earth I chose to let go of what I had...a job with a credible organisation with attractive pay and perks. Well, it's simply because I decided that my priority is my family. It was definitely a tough decision to make but it sure is a decision that I am proud of. Not many people would be willing to make the same decision I must say.
So my routine has been very different from what I have been doing for the past 10+ years. Now it includes preparing breakfast (and not forgetting lunch box), sending kids to school, settling house chores, fetching kids from school, overseeing kids' homework, revision and play time, preparing tea break, preparing dinner and etc. Still a full-time job isn't it? Just not in the office environment.
Well, I'm happy with where I am now and I hope to continue to be an excellent housewife.
People might be wondering why on earth I chose to let go of what I had...a job with a credible organisation with attractive pay and perks. Well, it's simply because I decided that my priority is my family. It was definitely a tough decision to make but it sure is a decision that I am proud of. Not many people would be willing to make the same decision I must say.
So my routine has been very different from what I have been doing for the past 10+ years. Now it includes preparing breakfast (and not forgetting lunch box), sending kids to school, settling house chores, fetching kids from school, overseeing kids' homework, revision and play time, preparing tea break, preparing dinner and etc. Still a full-time job isn't it? Just not in the office environment.
Well, I'm happy with where I am now and I hope to continue to be an excellent housewife.
Sunday, 29 January 2012
What do I want in life? Hmm...difficult to answer really. Or maybe I do have the answer but I just don't know how to turn it into reality. But once you reach a turning point and you realise that you do have choices in life...you will make the choice that will turn your life around. There are difficult choices that we have to make in life but if you seek guidance from God...it will lead you to the right path. We all have choices and it is up to us to paint our own life.
Subscribe to:
Posts (Atom)



