Friday, 20 June 2014

Aku Seorang Penggunting Rambut




Hari ni saya terpaksa mencuba nasib sebagai seorang penggunting rambut. Ni gara-gara anak perempuan saya yang nak gunting rambut tapi tak nak pergi ke salon rambut. Dia nak saya yang gunting rambut dia...walaupun saya cakap saya tak pandai dan ada kemungkinan rambut dia akan nampak macam kena gigit tikus kalau saya yang gunting. Kalau setakat trim rambut depan tu bolehlah lagi...memang dah selalu buat pun. Tapi nak gunting rambut satu kepala....adoi tak confident saya. 

So, bermulalah misi saya mencari video youtube yang mengajar cara gunting rambut budak perempuan. Alhamdulillah, ada terjumpa satu video ni yang memang senang nak follow step by step. Kalau berminat boleh pergi sini How to do a bob cut. Petang tadi lepas dia habis sekolah dan makan lunch, jeng jeng jeng...bermulalah tugas saya sebagai penggunting rambut. Rupa-rupanya takdelah sesusah yang disangka. So, apa hasilnya? Lihat sendiri kat bawah...tapi gambar dari belakang je sebab anak tak nak tunjuk muka. Sabar jelah...camera shy konon. 


Oklah kan for a first timer. So, in the future nampak gayanye memang saya kena gunting rambut dia lagilah ni. Tak tahulah sampai bila...hopefully takdelah sampai dia dah beranak cucu. 


Thursday, 19 June 2014

Jom Bermasker Dengan ESP Shaklee


Selalunya bila cerita pasal ESP, semua akan bayangkan bancuhan minuman yang berkhasiat kan. Memang betul lah tu. Tapi tahukah anda bahawa ESP ni boleh dipelbagaikan kegunaannya. Haa...menarik kan. Nak tau apa lagi boleh dibuat dengan ESP ni? Meh nak cite...

                                       credit: www.lyanahisham.my

ESP boleh jadi masker? Iye...saya tak main-main ok. Kan bagus bila ada satu produk yang multipurpose...bukan contact lense solution je yang multipurpose tau. Tak susah pun cara nak buat masker ESP ni. 

Cara-cara menyediakan dan menggunakan masker ESP:
1) Masukkan 2 sudu besar yogurt asli dalam mangkuk
2) Masukkan 1 sudu besar ESP ke dalam mangkuk sama
3) Gaulkan sampai sebati
4) Sapu sampai rata ke seluruh permukaan muka
5) Biarkan selama setengah jam
6) Bilas muka dengan air sehingga bersih

Terbaik kalau dapat amalkan setiap hari untuk dapatkan kulit wajah yang berseri dan gebu...insyaAllah. 

So sesiapa yang ingin dapatkan ESP, boleh hubungi Mel @ 012-3071567. COD bagi kawasan sekitar Subang Jaya dan Sunway. Poslaju boleh diuruskan bagi kawasan lain.
 

Apa Jadi Kalau Kurang Minum Air Kosong?






Mungkin ramai yang tahu bahawa badan kita ni terdiri daripada 60% cecair. Banyak tu. Dan organ penting bagi manusia iaitu otak terdiri daripada 75% cecair. Sebab itulah penting untuk make sure kita minum air yang cukup supaya badan dan otak kita dapat berfungsi dengan sebaiknya.

So apa akan jadi kalau tak cukup minum air? Ada kajian yang menunjukkan bahawa even kalau badan kita hilang 2% cecair aje pun dah boleh memberikan kesan yang negatif, antaranya, seperti yang tersenarai kat bawah ni...

  • Lesu pada siang hari
  • Mudah keliru
  • Sakit kepala
  • Dehidrasi
  • Kulit kusam
  • Sakit belakang
  • Lemah daya ingatan jangka pendek
  • Susah membuat pengiraan (termasuk yang simple2)
  • Degupan jantung semakin rancak
  • Nafsu makan lebih tinggi
  • Rasa mengantuk (sebab otak kurang bekalan oksigen)

Banyak sebenarnya khasiat minum air kosong ni tau. Tapi kena pastikan sumber air kosong yang diminum adalah bersih dan selamat. Water pitcher Shaklee adalah satu cara untuk dapatkan air kosong untuk diminum yang pastinya bersih, selamat dan sedap. Sesiapa nak dapatkan jag air yang mudah dibawa ke mana-mana ni, boleh hubungi Mel @ 012-3071567. Saya sedia beri perkhidmatan COD bagi kawasan Subang Jaya dan Sunway. Perkhidmatan poslaju boleh diuruskan bagi kawasan lain

Wednesday, 18 June 2014

Jangan Jadikan Gastrik Alasan Untuk Tidak Berpuasa






Bila bulan Ramadhan ni ada di antara kita yang kurang bernasib baik dan tidak dapat bersama-sama menjalani ibadah puasa disebabkan masalah gastrik. Memang agak menyedihkan kerana di saat orang lain semua berpuasa beramai-ramai...mereka ini hanya mampu melihat dan redha dengan nasib mereka. Tapi jangan terkejut bila ada juga segelintir yang sengaja memberikan alasan gastrik untuk tidak berpuasa walaupun mereka sebenarnya mampu berpuasa. Ish ish...jangan macam tu ok kerana Allah Maha Mengetahui. 

Kalau anda ada masalah gastrik ni...mari cuba ubah nasib anda dengan Set Mighty 3 Gems. At least berusaha supaya takdelah orang kata pasrah je. So, macam mana rupa supplement ni?
Set ni ada 3 supplement...

  • ESP - memberikan tempoh kekenyangan yang lebih lama
  • Performance Drink - mengekalkan tahap glukosa dalam darah supaya kekal bertenaga
  • Meal Shakes - membekalkan tenaga

So, jangan tunggu lagi...Ramadhan dah semakin hampir. Boleh hubungi Mel @ 012-3071567 untuk dapatkan set ni. COD di sekitar Subang Jaya dan Sunway. Poslaju boleh diuruskan bagi kawasan lain.

Board Games Collection



Ha...inilah antara koleksi board games anak saya. Menarik tak? Memang anak saya mula mengumpul board games sejak 2-3 tahun lepas sejak adik lelaki saya introduce European board games ni kat kita orang. So takdelah asyik-asyik main Monopoly or Saidina yang sememangnya dah evergreen. Kat dalam gambar ni ada 4 board games...7 Wonders, Munchkin, King of Tokyo dan Carcassonne. Dalam keempat-empat game ni...King of Tokyo yang boleh buat jadi havoc bila main. Sebab kalau nak menang kena bunuh player lain or cepat-cepat kumpul point. So...korang boleh imaginelah macam mana bisingnya bila masing-masing nak sabotaj each other. Tapi gaduh-gaduh masa main je...pastu PEACE ok. Nantikan next entry saya akan ceritakan in details satu-satu game ni. 


Tuesday, 17 June 2014

Hikmah menjadi seorang SAHM



Alhamdulillah semalam saya selamat hantar anak pulang ke asrama setelah empat hari dia balik ke rumah. Sekolah dia jadi hos untuk satu program so semua murid-murid wajib balik rumah hari Jumaat lepas. Memang dah menjadi tugas saya menjemput dan menghantar anak yang kat asrama ni kalau melibatkan hari bekerja sebab husband susah nak ambik cuti. Bila direnung-renung balik...ini mungkin salah satu hikmah saya berhenti kerja. Kalau saya still bekerja tak tahulah macam mana nak uruskan anak kat asrama ni. Takkan nak ambik cuti memanjang...habislah annual leave kalau camtu kan. Husband pun jadi lebih tenang sebab bab anak-anak dah ada orang yang boleh uruskan. Saya percaya ada hikmah di sebalik setiap keputusan yang diambil kerana Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Walaupun sering dilihat sebagai satu kerugian besar bila seorang wanita yang berpendidikan tinggi dan bekerja di sebuah company yang besar tiba-tiba melepaskan semuanya demi keluarga...tetapi saya percaya saya telah membuat keputusan yang tepat. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah.


Sunday, 15 June 2014

Birthday Party Anak-Anak



Hari ni ada invitation birthday party kawan anak. Rasanya macam dah lama gak lah tak pergi birthday party. Bila compare dengan birthday party saya masa zaman dulu... memanglah berbeza sangat-sangat. Dulu kita ada kek sebiji, buat a few games (musical chair, pass d parcel, pass getah guna straw etc...) and that's it lah kot. Party pack pun seingat saya takde buat masa tu. 

Zaman sekarang ni macam-macam dibuatnye masa birthday party. Daripada decor meja yang bertema, candy bar sehinggalah ke party pack yang cute-cute tu. Memang untung anak-anak sekarang...hidup dalam kemewahan. Tapi saya sendiri memang suka sangat bila bab nak sediakan party pack ni. Rasa macam-macam benda nak letak dalam tu. Tapi at the end of the day kena tengok budget gak lah.

Ni ada beberapa goodies yang boleh diletakkan dalam party pack anak-anak bila birthday party nanti.
  • Stationeries (ni memang favourite saya)
  • Dried fruits macam raisins or kurma
  • Biscuits yang menyihatkan (berasaskan oat)
  • Small items (hairclips atau hairband untuk girls, kereta mainan yang kecik-kecik untuk boys)
  • Packet drinks (Milo, Vico, fruit juice)

Itulah je idea sikit-sikit dari saya. Seboleh-bolehnya cubalah avoid bagi junk food dalam party pack tu. Kalau nak sangat pun bagi lah satu je...jangan dalam tu penuh dengan junk food je. Kita cuba ubah mindset anak-anak supaya tak expect junk food lagi dalam party pack. Cara hidup sihat...